Wednesday, 9 March 2016

Cara-cara melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan 2016

Assalamualaikum
Alhamdulillah genap setahun baru aku dpt update sbb niat nk tolong student lepasan spm 2015. Tahun ke tahun tawaran belajar boleh berubah jadi aku hanya update setakat yg aku tahu. Harap dapat membantu. InshaAllah. Aku sekarang buat degree tahun kedua di Hanyang University


Perjalanan ke korea
Lepasan spm 2012 dan mendapat tajaan dari Mara utk sambung belajar di UNIKL MIIT di Kuala Lumpur di bawah program Foundation for Korean University atau PRE KOREA. Selepas lebih 1 tahun setengah tuntut di unikl  alhamdulillah melebihi cgpa yg ditetapkan selamat fly ke korea disember 2014.

nak cari kawan korea bukan senang. jadi kena aktif sikit dalam kelab sukan


trip (mt) kitorang yang kedua dalam suhu bwah 0 celcius! ini batch 1@2 prekorea


Cara untuk sambung belajar ke Korea Sealatan (tak pasti ade cara lain)

1. INTEC ( Tajaan MARA dan JPA)
2. UNIKL (self sponsored/ MARA)
3. KLIP (self sponsored/MARA) *program baru


1.INTEC
Intec adalah universiti yg mula2 hantar pelajar ke korea selatan, sebelum program di unikl.
sekarang dah ade sehingga batch 16(lepasan spm 2014)
Aku kurang berpengetahuan sgt pasal program di intec sbb aku buat persediaan bahasa di unikl.
Sehingga 2015, Mara dan JPA melalui intec masih hantar pelajar ke korea.
2016? Mungkin boleh semak sendiri maklumat di laman portal INTEC


batch lepasan spm 2013 di intec. alhamdulillah diorang fly bulan 2 tahun lepas


2. UNIKL (PRE KOREA)


Sehingga batch 4(spm 2013), Mara kurangkan bil pengambilan pelajar jadi tahun ini tak dapat hantar pelajar ke Korea melalui unikl. Jadi unikl melalui program PRE KOREA ambil inisiatif dgn hanya tumpu kepada self sponsored sahaja. Kelayakan hanya pass 5 credit spm.

Bm, BI, Maths, physic/chem dan sub lain. Keutamaan diberi kpd mereka yg credits dlm add maths

Tapi jangan risau, masih berpeluang untuk dapat pinjaman MARA jika dapat lepasi cgpa 3.50 semasa belajar di unikl.

korean language speaking contest di unikl. tengah tu lect math kitorang. still mengajar di unikl

Secara ringkasnya 

Untuk fly ke Korea at least melebihi cgpa 2.0 di unikl ( dan perlu self sponsored utk kos belajar di korea)

Dan jika melebihi cgpa 3.50 automatik akan dapat pinjaman Mara utk kos belajar di universiti korea)

Mudah ke nak lepas cgpa 3.50 ?

Komen aku sangat mudah. Belajar dan tumpu sepenuh perhatian di kelas. Assignment yg dapat jgn sesekali pandang mudah, dan buat sungguh2. dan kalau ada exam tu please sgt2 study at least seminggu awal. Insha Allah boleh lepas 3.50 dgn jayanya. Sehingga batch 4 aku rasa lebih 95% yg dapat lepasi 3.50. Jadi takkan korang tak dapat join dalam group 95% tu ?


full member batch 2,3 pre korea (sebelum fly)


3. KLIP (Korean Language Intensive Program)

Program ni aku rasa baru bermula tahun ni. Dan aku kurang berpengetahuan sgt mengenai program ni tapi yang pasti pengendali program ni adalah orang yang sama yg mengendalikan program PRE KOREA di unikl.
Menariknya melalui program ni, korang dapat fly lebih awal dari program PRE KOEA. 6 bulan di unikl dan 6 bulan di kyung hee university di Korea. Then boleh sambung belajar degree di universiti2 di unikl.

Belajar utk KLIP adalah self sponsored. 
Jadi syarat untuk fly utk KLIP dgn lepasi TOPIK( mcm MUET versi korea) level 3
dan kalau nk dapat scholarship korang kena lepasi sehingga Level 5,6
Jujur aku cakap bukan mudah nak lepasi Level 5,6 tapi still kalau korang usaha takkan mustahil kan!


https://www.facebook.com/uniklklip




Setakat ni je aku tahu serba sedikit cara2 nak sambung belajar di korea. 
Jujur aku cakap nak sambung belajar di korea sekarang dah tak mustahil dgn adanya program2 yg camni. Untuk best2 student aku rasa korang perlu fokuskan utk sambung di INTEC sbb INTEC masih buka peluang kepada best2 student melalui JPA dan MARA. Kepada yg kurang bernasib baik tu jgn risau program2 di unikl ni aku rase mcm beri peluang kedua utk korang yg masih mengimpikan belajar overseas dgn self sponsored. kalau korang cemerlang di unikl korang cume perlu bayar kos belajar di unikl dan dapat pinjaman Mara ataupon scholarship utk belajar di universiti di korea! anyway goodluck!



Sebarang pertanyaan lain jgn segan silu tulis komen di bawah, In shaAllah aku balas walaupon maybe lambat (busy sikit)




Muslim students at Hanyang University


Hanyang family members